SILK SCREEN PRINTING


PERCETAKAN SILKSCREEN

Percetakan silkscreen yang juga dikenali sebagai Percetakan Skrin adalah kaedah percetakan yang paling biasa t-shirt. Percetakan skrin lebih tahan lama dan berkualiti. Secara amnya percetakan t-shirt dengan menggunakan kaedah silk screen dapat bertahan lebih banyak cucian daripada kaedah percetakan yang lain dan sesuai bagi kebanyakan rekabentuk ataupun corak.

Kebaikan dan Kelemahan

Walau bagaimanapun proses percetakan skrin boleh menjadi tidak cekap untuk pesanan kecil dengan warna banyak, t-shirt yang dicetak dengan menggunakan kaedah ini boleh menjadi mahal. Sebaliknya, jika kuantiti pesanan adalah besar, proses ini sebenarnya dapat mengurangkan kos dan mencetak baju dengan kaedah ini sangat berpatutan.

Sejarah Percetakan Silkscreen


Mencetak menggunakan teknik silk screen adalah satu teknik yang telah lama digunakan.  Ianya mula diperkenalkan di Negara China  semasa Dinasti Song (960-1279 Masihi). Ia kemudiannya diubahsuai oleh negara-negara lain di Asia seperti Jepun .
Percetakan Silk skrin telah diperkenalkan kepada Eropah Barat dari Asia pada akhir abad ke-18, tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah pedagang dari timur memperkenalkan kain sutera kepada pedagang barat. Teknik ini masih lagi digunakan secara meluas kerana ia adalah kaedah yang jauh lebih murah dan amat sesuai bagi usahawan kecil yang ingin mula menceburi bidang percetakkan tshirt malah ia juga boleh digunakan sebagai hobi sahaja. Teknik silk screen ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencetak t-shirt sahaja malah ia boleh digunakan diatas bahan lain seperti mug, papan tanda, banner, tuala, kulit dan bahan lain. 








No comments:

Post a Comment